Assalamualaikum,Berkongsi pengalaman
oleh pelbagai pakar pelaburan emas......
Gold Team Malaysia
Salam sejahtera. Apa khabar pelabur
dan bakal pelabur semua? saya doakan anda semua Allah memberkati kita semua
disamping selalu sihat ceria dan bahagia adanya…
Sejak kebelakangan ni perniagaan emas
tumbuh bagai cendawan.
Pelbagai teknik penjualan dan
marketing trik digunakan seperti berikut,
·
Emas fizikal
·
Saham
·
Pajak gadai mengadai sementara
mendapatkan modal membeli yang lebih besar. Perkataan yang biasa digunakan
adalah bakal pembeli dijanjikan kenaikan beratus-ratus peratus dimana
menjadikan situasi seperti berikut :
·
Membuat pinjaman membeli emas
|
|
Masalah di hadapi kepada pelabur pelabur baru |
1. Penjual menjual harga emas
terlalu tinggi dari harga semasa.
2. Pembeli tidak tahu bahawa
harga pembelian balik adalah berkurangan sekitar 15-25% dari harga semasa.
Kebanyakkan pelabur menyangka harga pembelian balik sama seperti harga
belian.
3. pembeli 'dipaksa' membeli
walaupun tiada wang. dengan dijanjikan kenaikan harga emas yang tinggi, maka
pembeli yang tiada wang ni buat cara pajak, bayar 30% dari poket sendiri dan
70% dari tempat pajak. upah simpan sampai 3% sebulan, tapi harga emas tak
naik setinggi upah simpan, kat mana untungnya? akhirnya banyak yang tergadai
dan rugi saja.
4. emas adalah untuk keuntungan
jangka panjang, saya beli emas pada disember 2009 harga 148/g, sekarang harga
buy back sekita 139/g, masih tidak untung dalam 3 tahun ni. jadi nak ambil
untung cara pajak memang tak logik la nak untung cara pajak ni. cara pajak ni
sekadar penjual nak menjual produk mereka.
5. beli emas di kedai
berjenama.. ermm beli harga tinggi 198/g... padahal beli kedai mana pun
sebenarnya sama, cuma kena pastikan ketulinan sahaja. kat mudah.my ramai nak
jual harga terpakai 180/g ++ sebab dah beli harga tinggi kat kedai berjenama
tersebut, harga yang lebih tinggi dari barang kemas baru di kedai biasa.
macam mana pun dah terpaksa untuk minimize lost, untung la kalau ada yang
sanggup membeli harga tersebut.
|
Tertipu Dengan Pelaburan emas ?
Syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun
turut diserbu dan disiasat.
Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21
Julai 2009)
Tn_bestino
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti
menyerbu Bestino Group
Etika_emas_dan_genneva__kena_siasat
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank
Negara Malaysia.
Public Gold pula telah mengeluarkan notis
kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim
pelaburan emas.
RM845 juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat
kaya.Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus
operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.
Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang,
keahlian restoran dan pelaburan emas.
Tn_skim_pelaburan_emas
Laporan The Star – Skim pelaburan emas yang
diragui kesahihannya.
Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat
kaya?
Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai
terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu
Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak
kaya cepat… semua nak cepat.
Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan
senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu
tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.
Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka
jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.
|
|
Warren_buffett
Apabila bercakap tentang ilmu
pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett .Beliau adalah
salah seorang pelabur terulung di dunia.Dari segi kekayaan, beliau merupakan
orang kedua terkaya di dunia.
Beliau pernah menyebut:
“Risk comes from not knowing
what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)
Jika anda tak tahu apa yang
anda buat maka anda menanggung risiko.
|
|
Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim
pelaburan yang berisiko.
Panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan
emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di
Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan
aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web
SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya
akan lakukan.
2. Cuba lawati forum-forum Tengok perbincangan
mengenai skim-skim pelaburan disitu.
3. Sarch dalam Google – www.google.com maklumat
syarikat tersebut.
Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran
syarikat?
Mudah sahaja.
1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
di http://www.ssm.com.my/
2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat.
Then masukkan nama syarikat.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Biasanya saya beli pakai kad kredit.
company_profile
3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh
membaca dan mengenalpasti
maklumat-maklumat yang kritikal.
Antaranya:
1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan
Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi
menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.
list_company_profile
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang
saya beli dari SSM
Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang
meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya
dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan
emas langsung.
dormant
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)
tn_nature_of_business
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena
dengan emas pun.
laporan_kewangan
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.
Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap
profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam
skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.
|
|
Macam kes pelaburan emas di
bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.
Tapi akhirnya songlap duit
pelabur (Harian Metro 3/1/2009)
Kisah pelabur tertipu -klik
untuk besarkan.
Saya telah melabur dan sekarang
menghadapi masalah, bagaimana nak buat?
Jika anda merupakan pelabur di
dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu
dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong, sila hubungi saya
melalui contact form ini (klik sini).
InsyaAllah saya akan berikan
panduan menyelesaikan masalah anda.
Nyatakan bilangan gold bar yang
dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.
Memandangkan setiap kes tak
sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.
|
|
1.
Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.
2.
Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum
terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3.
Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was
dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding
menyesal di kemudian hari.
4.
Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa
situasi anda dan cuba berikan
panduan untuk menyelesaikan masalah anda.
5.
Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat
pelaburan emas.
Mari berkongsi pengalaman.
Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan
skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat
tersebut disini.
Pengalaman anda akan membantu orang lain agar
berhati-hati dan berwaspada.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas.
Tujuan saya menulis sedemikian kerana ingin
menyebarkan info sebenar tentang emas, dah penat dengar cerita mangsa-mangsa
pembeli emas seperti di atas. pengajaran yang paling penting ialah jangan
berhutang untuk beli emas, beli setakat yang mampu sahaja. bukan la niat saya
nak memburukkan peniaga emas. tapi setiap perniagaan ada ada 2 jenis
pendapat, iaitu dari sudut peniaga dan pembeli. sekian
|
|